Akaun manhal.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DANA BERJUMLAH  RM1,440,000  DIPERLUKAN UNTUK MENYAMBUNG BAKI PEMBANGUNAN TAHFIZ AL-MANHAL




 "Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Quran" 

 

Alangkah beruntungnya Tuan Puan kerana dapat bersama kami hari ini, menyediakan fasilti terbaik untuk pelapis Al-Quran Maahad Tahfiz Dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah, Pulau Melaka.

 

Maahad Tahfiz Dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah, Pulau Melaka (Tahfiz Al-MANHAL) merupakan salah satu legasi pengajian terkenal di Kelantan yang terletak di sekitar kawasan Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Maahad ini telah ditubuhkan sejak tahun 2003 oleh Tuan Guru Nik Radzi bin Nik Mat dan kini telah ditadbir oleh Ustaz Muhammad Fadzilul Hakimi bin A.Rahman, selaku pengetua maahad ini.


Terdahulu, di awal penubuhan maahad , bangunan 3 tingkat yang tersedia ada ini telah berjaya dibina dan dimanfaatkan oleh para pelajar disini dimana ruang bangunan tersebut digunakan sebagai ruang pejabat (Tingkat 1), kelas-kelas (Tingkat 2) dan asrama para pelajar (Tingkat 3).

 

Demi keselesaan pengajian mereka di masa akan datang, pihak maahad kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan baki pembangunan bangunan 4 tingkat yang baru dengan kadar segera agar para pelajar disini dapat tinggal dan belajar dalam keadaan yang jauh lebih selesa, luas dan selamat. Dengan izin Allah, pertolongan anda hari ini bakal memberi 1001 manfaat kepada warga Tahfiz Al-MANHAL dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

 

Untuk merealisasikan hasrat ini, pihak maahad telah menyasarkan sejumlah RM120,000 per bulan untuk menampung segala kos pembiayaan pembangunan dan pengurusan maahad serta kebajikan para pelajar di sini.


 BERIKUT ADALAH PECAHAN KOS YANG DIPERLUKAN; 


 PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN TAHFIZ AL MANHAL 

Terkini, proses pembinaan tingkat 2 dan 3 diteruskan seperti biasa. Keperluan bahan pembinaan seperti batu bata, simen, pasir dan alatan besi amatlah diperlukan untuk melancarkan urusan pembangunan ini. Pihak kami juga turut mengambil kesempatan ini untuk membersihkan kawasan tapak asrama Tahfiz Al-MANHAL yang baru.





Sijil Pendaftaran Sekolah Agama dan Institusi Pengajian Agama Negeri Kelantan untuk
Maahad Tahfiz dan Pengajian Al Quran Nikmatillah


Maklumat Tambahan:


1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.  Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +016-934 9484 (Wakil Pengurusan Maahad Tahfiz Dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah).

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.

5. Resit pelepasan cukai akan diberikan diatas permintaan sahaja. Boleh hubungi wakil pengurusan maahad di talian nombor yang tertera di atas.


Dengan adanya ilmu, tiada alam akan terbengkalai dan manusia bebas untuk membina nusa dan bangsa.

Maka rebutlah peluang keemasan ini untuk bersama-sama dengan kami menyediakan prasarana pendidikan yang terbaik untuk anak-anak pelajar disini. Ayuh cukupkan tabung dana pembangunan, pengurusan dan kebajikan Tahfiz Al-MANHAL sekarang!


Salam, soalan sy